Friday, July 9, 2010

Welcome


glitter-graphics.com


Selamat Datang ke blog ini,

Blog ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu Gereja SDA Seremban dalam merealisasikan projek membaik pulih gereja. Projek membaik pulih gereja ini perlu disiapkan sebelum April 2011 dan memakan kos yang tinggi dimana kos dianggarkan berjumlah RM100,000.00.

Oleh itu, kos ini memaksa gereja memaksa gereja Seremban mencari sesiapa sahaja yang murah hati, para dermawan, persatuan atau syarikat untuk membantu kami.

Salah satu alternatif pihak gereja dalam mengumpul dana ialah dengan mengadakan jualan tiket "CHARITY MUSICAL NIGHT 2010" yang diadakan pada 30 oktober 2010, Port Dickson Negeri Sembilan. Semua orang dialu-alukan untuk membeli sambil menderma samada hadir atau tidak sempena program tersebut.

Jika sekiranya anda membeli tiket tetapi tidak dapat hadir, sukacitanya dimaklumkan bahawa tiket anda akan diberikan kepada orang Asli (anggota gereja) yang memerlukan sponsor ke konsert musikal itu. Dapatkan tiket anda daripada wakil penjual tiket sekarang juga.

Sila klik sini untuk mengetahui latar belakang dan keadaan Gereja SDA Seremban




Sila klik sini untuk melihat Gambar keadaan Gereja (PICTURE)



Sila klik sini untuk TIKET "Charity Musical Night 2010"



Sila klik sini untuk MENDERMA (DONATION)



Hubungi Kami (CONTACT)




Kami percaya, dengan Tuhan tidak ada yang mustahil kerana sumbangan anda, walaupun sedikit mana akan dapat membuat banyak perubahan apatah lagi jika ianya besar. Kami berharap rayuan ini mendapat perhatian anda dan Roh Kudus akan menggerakkan hati anda untuk membantu kami.


Sekian, terima kasih.




glitter-graphics.com

blogger templates | Make Money Online